Mata dan fungsinya

Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.
Antara fungsi fungsi terpenting mata adalah:
  • Ketajaman penglihatan (Visual acuity)
  • Penglihatan binokular & stereoskopik
  • Persepsi warna
  • Keseimbangan badan dalam mobiliti

Ketajaman penglihatan membolehkan kita melihat secara menyeluruh (fine and detail) sesuatu objek yang kita lihat. Penglihatan binokular membolehkan kita melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi yang membolehkan kita mengetahui jarak dan kedalaman objek. Persepsi bidang penglihatan menyebabkan kita mengetahui dan sedar (aware) kedudukan kita dengan objek di persekitaran. Ini memberikan kita keseimbangan badan yang memudahkan kita bergerak.

Menjaga kesihatan mata bererti kita perlu menjaga keseluruhan fungsi penglihatan tersebut. Maka setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu mengetahui apakah kesemua fungsi penglihatan kita dalam keadaan yang sempurna.

Jadi pada setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu memastikan fungsi tersebut telah diperiksa dengan teliti dan dapatkan maklumat tersebut dari pakar yang membuat pemeriksaan (Optometris).

Gangguan terhadap salah satu fungsi pebglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom gangguan fungsi penglihatan adalah:

  • Pening kepala
  • Pedih mata
  • Cepat mengantuk
  • Hilang kosentrasi
  • Kabur penglihatan
  • Mata berair

Kebanyakan kita yang membuat pemeriksaan mata terutamanya dikedai kedai optikal hanya memeriksa satu sahaja dari fungsi penglihatan tersebut iaitu ketajaman penglihatan. Jadi, maklumat kesihatan mata secara menyeluruh tidak didapati.

Terdapat banyak kes yang keadaan ketajaman penglihatan normal tetapi masih mengalami masalah dengan fungsi penglihatan seperti mata berair dan silau.

Perkhidmatan Optometrist di Perhimpunan Agung UMNO

Sekali lagi tahun ini Clear Optical Sdn Bhd di jemput untuk berada bersama sama ribuan ahli UMNO dan penyokong penyokong UMNO untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata dan perkhidmatan optometris percuma.


Keadaan sekitar ruang legar penuh sesak dengan pengunjung yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma. Booth Clear Optical berada di PWTC dari 6/11/07 hingga 10/11/07.


Kakitangan kami seramai 6 orang sibuk melayan pelbagai pertanyaan disamping menjalankan pemeriksaan. Kami juga menyediakan pelbagai pilihan sunglass berjenama dan alat bantu penglihatan.


Memang seronok memerhati pelbagai gelagat orang ramai yg kebanyakannya datang dari luar Kuala Lumpur. Makcik makcik, pakcik pakcik datang berduyun duyun, bersila di ruang legar mendengar ucapan di skrin besar.








Program bantuan golongan miskin


Pihak pengurusan Clear Optical telah menganjurkan sambutan Ramadhan Al-Mubarak dengan mengadakan program bantuan alat bantu penglihatan kepada ibu ibu tunggal serta golongan yang kurang berkemampuan pada awal bulan Ramadhan. Bantuan ini telah disampaikan oleh Y.B Dr. Rozaidah Talib, ahli Parlimen Ampang di premis Clear Optical, Bandar Baru Ampang. Sejumlah 50 golongan kurang berkemampuan terdiri dari ibu ibu tunggal dan anak anak yatim sekitar kawasan parlimen Ampang telah mendapat manfaat dari program ini.


Clear Optical Sdn Bhd memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata dan perkhidmatan peracikan ophthalmic secara percuma.


Program ini diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial Clear Optical Sdn Bhd bagi membantu warga kurang berkemampuan untuk mendapatkan alat bantuan penglihatan. Disamping itu juga, program ini dapat menjadi satu pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.

Amblyopia dan kejulingan

Amblyopia boleh terjadi sekiranya seseorang kanak kanak lewat mendapatkan rawatan terhadap masalah kerabunan. Ini terjadi kerana berlaku halangan terhadap perkembangan fungsi penglihatan apabila seseorang kanak kanak rabun. Amblyopia juga disebut sebagai 'mata malas'. Ini kerana mata yang rabun, terutama dalam kes kuasa mata yang tidak sama antara mata kiri dan mata kanan, hanya satu mata yang digunakan untuk melihat sesuatu objek.
Akibatnya, tiada rangsangan cahaya pada mata yang tinggi kuasa rabunnya. Ini menyebabkan mata tersebut tidak memfokus pada objek yang hendak dilihat. Jadi, sistem fungsi penglihatannya tidak berkembang.
Apabila ini terjadi, keadaan binokular pesakit tidak berkembang dan mata akan menjadi juling. Kebanyakan kes juling yang terjadi secara begini boleh dibetulkan sekiranya pesakit tersebut mendapat pemeriksaan mata awal dan mendapat preskripsi cermin mata yang sempurna dengan kaedah kaedah rawatan Ortoptik yang sesuai, kes kes kejulingan yang secara begini boleh di atasi.
Perkhidmatan Optometri yang profesional selalunya terdapat perkhidmatan rawatan Ortoptik terhadap masalah amblyopia dan kejulingan mata.

Kerabunan dan kesanya

Antara simptom yang dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah rabun ialah
  • Kabur penglihatan
  • Pening kepala terutama pada bahagian belakang kepala
  • Mata menjadi merah
  • Terasa berat pada kelopak mata
  • Mata berair
  • Cepat mengantuk

Masalah ini boleh diatasi apabila pesakit memakai cermin mata atau contact lense dengan preskripsi yang sempurna.

Kerabunan pada kanak kanak boleh membawa masalah yang lebih serius sekiranya tidak mendapat rawatan awal. Rawatan awal amat perlu pada kanak kanak yang rabun bagi mengelakan terjadinya kes amblyopia dan juling. Ibubapa perlu membawa anak anak untuk pemeriksaan mata ketika anak anak mula memasuki tadika. Selain itu terdapat hubungan rapat antara masalah rabun pada kanak kanak dengan keputusan akademik di sekolah.

Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara membuktikan tentang wujudnya hubungan tersebut.

Contact lense dan kesanya pada mata

Oleh kerana contact lense terletak di hadapan kornea mata, maka ia memberi kesan langsung terhadap jumlah pertukaran oksigen pada mata, terutama pada bahagian kornea.

Kornea adalah satu satunya organ dalam tubuh manusia yang ada salur darah. Ini adalah untuk mengekalkan kejernihan kornea sebagai agen pembiasan cahaya bagi pembentukan imej ke bahagian retina. Pernafasan sel pada bahagian kornea adalah melalui adalah melalui proses pelarutan oksigen dalam air mata dan dipindahkan pada bahagian kornea untuk pernafasan sel sel kornea.

Pemakaian contact lense akan menyebabkan jumlah pertukaran oksigen pada bahagian kornea terhalang. Walaupun contact lense yang dipakai itu dari jenis yang telap udara tapi ia tetap mengurangkan jumlah oksigen yang sepatutnya diterima oleh kornea.

Akibatnya sel sel kornea akan rosak dan pecah. Apabila terlalu banyak sel sel kornea pecah ia akan membawa kepada terjadinya ulser pada bahagian kornea.

Lebih kurang 80% hingga 90% kes kes penyakit mata yang direkodkan di hospital kawasan bandar bandar besar di Malaysia dilaporkan ada hubung kait dengan kesan pemakaian contact lense.

Mengikut kajian sekumpulan pelajar tahun akhir kursus Optometri di Universiti Kebangsaan (UKM), di kawasan sekitar Kuala Lumpur mendapati bahawa 69.4% dari pengguna contact lense adalah dari golongan wanita yang berumur 21 tahun ke atas. 35% dari mereka yang memakai contact lense untuk tujuan kosmetik. 34.4% untuk tujuan koreksi (pembetulan) kerabunan dan 29.7% untuk tujuan bersukan.

Masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna contact lense adalah

  1. Mata terasa kering 37%
  2. Mata menjadi merah 23%
  3. Tidak selesa 19%

Kebanyakan masalah dalam pemakaian contact lense timbul akibat dari

  1. Tidak mendapat preskripsi dari pakar
  2. Tidak membuat pemeriksaan mata dengan sempurna untuk memakai contact lense
  3. Memahami contact lense terlalu lama
  4. Tidak mendapat nasihat pakar tentang cara pemakaian dan penjagaan contact lense
  5. Tidur tanpa mengeluarkan contact lense

Di negara negara maju seperti di Amerika Syarikat, untuk memahami contact lense perlu mendapat preskripsi dari Optometris setelah dibuat pemeriksaan sempurna ke atas mata bakal pengguna contact lense.

Di Malaysia pengguna dan bakal pengguna contact lense dengan mudah boleh membeli contact lense di kedai kedai Optikal tanpa sebarang preskripsi dari pakar. Trend begini menyebabkan pengguna terdedah kepada bahaya sehingga boleh menyebabkan kesan kekal kepada pengguna.

Antara kesan kesan sampingan akibat pemakaian contact lense yang tidak sempurna adalah

  1. Ulser pada bahagian kornea
  2. Allergi
  3. Neovascularization (Pembentukan salur darah pada bahagian kornea)
  4. Mengubah kelengkungan kornea
  5. Buta

Oleh itu sekiranya anda adalah bakal pengguna contact lense, adalah penting untuk berndapatkan nasihat dan pemeriksaan mata dari Optometris untuk mengetahui samada anda sesuai atau sebaliknya untuk memakai contact lense.

Jangan anda menjadi pengguna yang mengambil mudah tentang perlunya pemeriksaan yang teliti sebelum anda memakai contact lense.

Pusat Optik Clear Optical Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kaunseling oleh pakar mata (Optometris).

Tips menggunakan contact lense (Bah 2)

  1. Keluarkan contact lense sekiranya pandangan menjadi kabur berterusan dan kedapatan warna warni pada sumber cahaya. Terus hubungi pakar.
  2. Keluarkan contact lense dengan segera jika berlaku keadaan seperti mata merah, pedih dan berair berlebihan. Terus hubungi pakar.
  3. Jangan gunakan apa apa ubat pada 'larutan' selain dari yang diberi oleh pakar. Jangan pakai contact lense semasa mendapat rawatan ubatan dari pengamal perubatan kecuali di atas nasihat pakar.
  4. Jangan gunakan larutan untuk contact lense keras kepada contact lense jenis lembut.
  5. Pastikan larutan (disinfecting solution) ditukar setiap hari walaupun contact lense tidak dipakai. Sekiranya contact lemnse tersebut dipakai setiap hari, maka larutan tersebut hanyalah boleh digunakan sekali sahaja. Untuk penyimpanan yang berikutnya, hendaklah diganti dengan larutan yang baru.
  6. Tidak dibenarkan sama sekali memakai losyen tangan yang berminyak sebelum memakai contact lense. Make-up hanya boleh dipakai setelah contact lense dimasukan ke atas mata.

Tips menggunakan contact lense (Bah 1)

Perlu diingatkan, tidak semua orang berkelayakan untuk memakai contact lense. Ini akan ditentukan oleh pakar contact lense.

Contact lense terbahagi kepada tiga jenis iaitu keras (hard), separa keras (semi hard) dan lembut (soft). Pakar contact lense akan menentukan kesesuaian jenis kepada pemakai setelah menjalankan pemeriksaan yang rapi keatas mata pesakit. Dengan kata lain, contact lense bukanlah satu alat yang boleh dipakai sesuka hati.

Contact lense perlu disimpan didalam air disinfecting solution supaya sentiasa bersih dan sucihama. Kebersihan adalah penting kepada pemakai untuk mendapatkan kesan yang baik. Ini semua akan diberi tunjuk ajar oleh pakar. Hanya pakar contact lense sahaja yang boleh menentukan samada pemakai boleh memakai contact lense atau tidak.

Perkara perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan

  1. Perlu dipastikan kuku bersih dan pendek. Kuku boleh menyebabkan contact lense rosak atau terkoyak. Selain dari itu, kuku yang panjang mungkin terdapat kuman yang boleh berpindah ke atas contact lense dan seterusnya merosakan mata anda.
  2. pastikan contact lense dan bekasnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sucikuman. Bekasnya hendaklah dicuci dan direndam di dalam air panas sekurang kurangnya seminggu sekali.
  3. Tangan hendaklah sentiasa dibasuh dan dibilas dengan air dan sabun setiap kali sebelum memegang contact lense. Pegang contact lense dengan tangan yang basah. Sekiranya ini merumitkan, keringkan tangan pada kain yang bersih. Jika tisu digunakan, pastikan tiada lebihan tisu melekat pada tangan.
  4. Keluarkan contact lense sebelum tidur. Sekiranya pakar membenarkan anda memakainya untuk jangkamasa yang panjang, maka setelah tempoh tersebut tamat, contact lense tersebut perlu dikeluarkan dan dicuci dengan tangan bersih. (Jangkamasa adalah tertakluk kepada nasihat pakar).
  5. Keluarkan contact lense jika mata berasa tidak selesa dan basuh tangan dengan larutan atau gunakan comfort drop semasa contact dipakai. Jika masih tidak selesa, keluarkan contct lense dan berjumpa dengan pakar dengan segera.

Penjagaan kesihataan mata

Blog ini diadakan khusus untuk memberikan pendidikan tentang penjagaan kesihatan mata kepada orang ramai. Blog ini sengaja ditulis didalam Bahasa Malaysia bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada masyarakat awam yang tidak memahami bahasa Inggeris. Memang diakui, kebanyakan panduan dan rujukan adalah didalam bahasa Inggeris.

Secara keseluruhan, masalah penglihatan melibatkan 40 juta penduduk dunia dimana 80% adalah penduduk di negara sedang membangun termasuklah Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan oleh WHO, 39% dari penduduk di Malaysia mengalami masalah penglihatan. 63% adalah dalam lingkungan umur 15 tahun ke 39 tahun. 53% dari penduduk Malaysia yang mengalami masalah penglihatan berada di kawasan luar bandar.

Jumlah pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan mata dan jumlah Optometris di Malaysia masih terlalu kritikal untuk memenuhi keperluan penduduk. Kajian oleh WHO juga mendapati seorang Optometris terpaksa memberikan perkhidmatan kepada 16,000 penduduk Malaysia. Ini merupakan satu statistik yang sangat kritikal.

Masalah penglihatan dikalangan kanak kanak dan orang dewasa di seluruh dunia sedang mengalami peningkatan yang drastik disebabkan faktor genetik, pekerjaan, jangkitan, pemakanan dan juga peningkatan usia.

Melalui blog ini, kami, Pusat Optik Clear Optical akan cuba memberikan pendedahan, pendidikan serta perkhidmatan kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.