Pihak pengurusan Clear Optical telah menganjurkan sambutan Ramadhan Al-Mubarak dengan mengadakan program bantuan alat bantu penglihatan kepada ibu ibu tunggal serta golongan yang kurang berkemampuan pada awal bulan Ramadhan. Bantuan ini telah disampaikan oleh Y.B Dr. Rozaidah Talib, ahli Parlimen Ampang di premis Clear Optical, Bandar Baru Ampang. Sejumlah 50 golongan kurang berkemampuan terdiri dari ibu ibu tunggal dan anak anak yatim sekitar kawasan parlimen Ampang telah mendapat manfaat dari program ini.
Clear Optical Sdn Bhd memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata dan perkhidmatan peracikan ophthalmic secara percuma.
Program ini diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial Clear Optical Sdn Bhd bagi membantu warga kurang berkemampuan untuk mendapatkan alat bantuan penglihatan. Disamping itu juga, program ini dapat menjadi satu pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.