Keluarkan contact lense sekiranya pandangan menjadi kabur berterusan dan kedapatan warna warni pada sumber cahaya. Terus hubungi pakar.
Keluarkan contact lense dengan segera jika berlaku keadaan seperti mata merah, pedih dan berair berlebihan. Terus hubungi pakar.
Jangan gunakan apa apa ubat pada 'larutan' selain dari yang diberi oleh pakar. Jangan pakai contact lense semasa mendapat rawatan ubatan dari pengamal perubatan kecuali di atas nasihat pakar.
Jangan gunakan larutan untuk contact lense keras kepada contact lense jenis lembut.
Pastikan larutan (disinfecting solution) ditukar setiap hari walaupun contact lense tidak dipakai. Sekiranya contact lemnse tersebut dipakai setiap hari, maka larutan tersebut hanyalah boleh digunakan sekali sahaja. Untuk penyimpanan yang berikutnya, hendaklah diganti dengan larutan yang baru.
Tidak dibenarkan sama sekali memakai losyen tangan yang berminyak sebelum memakai contact lense. Make-up hanya boleh dipakai setelah contact lense dimasukan ke atas mata.