Tips menggunakan contact lense (Bah 1)

Perlu diingatkan, tidak semua orang berkelayakan untuk memakai contact lense. Ini akan ditentukan oleh pakar contact lense.

Contact lense terbahagi kepada tiga jenis iaitu keras (hard), separa keras (semi hard) dan lembut (soft). Pakar contact lense akan menentukan kesesuaian jenis kepada pemakai setelah menjalankan pemeriksaan yang rapi keatas mata pesakit. Dengan kata lain, contact lense bukanlah satu alat yang boleh dipakai sesuka hati.

Contact lense perlu disimpan didalam air disinfecting solution supaya sentiasa bersih dan sucihama. Kebersihan adalah penting kepada pemakai untuk mendapatkan kesan yang baik. Ini semua akan diberi tunjuk ajar oleh pakar. Hanya pakar contact lense sahaja yang boleh menentukan samada pemakai boleh memakai contact lense atau tidak.

Perkara perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan

  1. Perlu dipastikan kuku bersih dan pendek. Kuku boleh menyebabkan contact lense rosak atau terkoyak. Selain dari itu, kuku yang panjang mungkin terdapat kuman yang boleh berpindah ke atas contact lense dan seterusnya merosakan mata anda.
  2. pastikan contact lense dan bekasnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sucikuman. Bekasnya hendaklah dicuci dan direndam di dalam air panas sekurang kurangnya seminggu sekali.
  3. Tangan hendaklah sentiasa dibasuh dan dibilas dengan air dan sabun setiap kali sebelum memegang contact lense. Pegang contact lense dengan tangan yang basah. Sekiranya ini merumitkan, keringkan tangan pada kain yang bersih. Jika tisu digunakan, pastikan tiada lebihan tisu melekat pada tangan.
  4. Keluarkan contact lense sebelum tidur. Sekiranya pakar membenarkan anda memakainya untuk jangkamasa yang panjang, maka setelah tempoh tersebut tamat, contact lense tersebut perlu dikeluarkan dan dicuci dengan tangan bersih. (Jangkamasa adalah tertakluk kepada nasihat pakar).
  5. Keluarkan contact lense jika mata berasa tidak selesa dan basuh tangan dengan larutan atau gunakan comfort drop semasa contact dipakai. Jika masih tidak selesa, keluarkan contct lense dan berjumpa dengan pakar dengan segera.

Penjagaan kesihataan mata

Blog ini diadakan khusus untuk memberikan pendidikan tentang penjagaan kesihatan mata kepada orang ramai. Blog ini sengaja ditulis didalam Bahasa Malaysia bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada masyarakat awam yang tidak memahami bahasa Inggeris. Memang diakui, kebanyakan panduan dan rujukan adalah didalam bahasa Inggeris.

Secara keseluruhan, masalah penglihatan melibatkan 40 juta penduduk dunia dimana 80% adalah penduduk di negara sedang membangun termasuklah Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan oleh WHO, 39% dari penduduk di Malaysia mengalami masalah penglihatan. 63% adalah dalam lingkungan umur 15 tahun ke 39 tahun. 53% dari penduduk Malaysia yang mengalami masalah penglihatan berada di kawasan luar bandar.

Jumlah pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan mata dan jumlah Optometris di Malaysia masih terlalu kritikal untuk memenuhi keperluan penduduk. Kajian oleh WHO juga mendapati seorang Optometris terpaksa memberikan perkhidmatan kepada 16,000 penduduk Malaysia. Ini merupakan satu statistik yang sangat kritikal.

Masalah penglihatan dikalangan kanak kanak dan orang dewasa di seluruh dunia sedang mengalami peningkatan yang drastik disebabkan faktor genetik, pekerjaan, jangkitan, pemakanan dan juga peningkatan usia.

Melalui blog ini, kami, Pusat Optik Clear Optical akan cuba memberikan pendedahan, pendidikan serta perkhidmatan kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.