Amblyopia boleh terjadi sekiranya seseorang kanak kanak lewat mendapatkan rawatan terhadap masalah kerabunan. Ini terjadi kerana berlaku halangan terhadap perkembangan fungsi penglihatan apabila seseorang kanak kanak rabun. Amblyopia juga disebut sebagai 'mata malas'. Ini kerana mata yang rabun, terutama dalam kes kuasa mata yang tidak sama antara mata kiri dan mata kanan, hanya satu mata yang digunakan untuk melihat sesuatu objek.
Akibatnya, tiada rangsangan cahaya pada mata yang tinggi kuasa rabunnya. Ini menyebabkan mata tersebut tidak memfokus pada objek yang hendak dilihat. Jadi, sistem fungsi penglihatannya tidak berkembang.
Apabila ini terjadi, keadaan binokular pesakit tidak berkembang dan mata akan menjadi juling. Kebanyakan kes juling yang terjadi secara begini boleh dibetulkan sekiranya pesakit tersebut mendapat pemeriksaan mata awal dan mendapat preskripsi cermin mata yang sempurna dengan kaedah kaedah rawatan Ortoptik yang sesuai, kes kes kejulingan yang secara begini boleh di atasi.
Perkhidmatan Optometri yang profesional selalunya terdapat perkhidmatan rawatan Ortoptik terhadap masalah amblyopia dan kejulingan mata.