Penjagaan kesihataan mata

Blog ini diadakan khusus untuk memberikan pendidikan tentang penjagaan kesihatan mata kepada orang ramai. Blog ini sengaja ditulis didalam Bahasa Malaysia bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada masyarakat awam yang tidak memahami bahasa Inggeris. Memang diakui, kebanyakan panduan dan rujukan adalah didalam bahasa Inggeris.

Secara keseluruhan, masalah penglihatan melibatkan 40 juta penduduk dunia dimana 80% adalah penduduk di negara sedang membangun termasuklah Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan oleh WHO, 39% dari penduduk di Malaysia mengalami masalah penglihatan. 63% adalah dalam lingkungan umur 15 tahun ke 39 tahun. 53% dari penduduk Malaysia yang mengalami masalah penglihatan berada di kawasan luar bandar.

Jumlah pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan mata dan jumlah Optometris di Malaysia masih terlalu kritikal untuk memenuhi keperluan penduduk. Kajian oleh WHO juga mendapati seorang Optometris terpaksa memberikan perkhidmatan kepada 16,000 penduduk Malaysia. Ini merupakan satu statistik yang sangat kritikal.

Masalah penglihatan dikalangan kanak kanak dan orang dewasa di seluruh dunia sedang mengalami peningkatan yang drastik disebabkan faktor genetik, pekerjaan, jangkitan, pemakanan dan juga peningkatan usia.

Melalui blog ini, kami, Pusat Optik Clear Optical akan cuba memberikan pendedahan, pendidikan serta perkhidmatan kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.