- Ketajaman penglihatan (Visual acuity)
- Penglihatan binokular & stereoskopik
- Persepsi warna
- Keseimbangan badan dalam mobiliti
Ketajaman penglihatan membolehkan kita melihat secara menyeluruh (fine and detail) sesuatu objek yang kita lihat. Penglihatan binokular membolehkan kita melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi yang membolehkan kita mengetahui jarak dan kedalaman objek. Persepsi bidang penglihatan menyebabkan kita mengetahui dan sedar (aware) kedudukan kita dengan objek di persekitaran. Ini memberikan kita keseimbangan badan yang memudahkan kita bergerak.
Menjaga kesihatan mata bererti kita perlu menjaga keseluruhan fungsi penglihatan tersebut. Maka setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu mengetahui apakah kesemua fungsi penglihatan kita dalam keadaan yang sempurna.
Jadi pada setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu memastikan fungsi tersebut telah diperiksa dengan teliti dan dapatkan maklumat tersebut dari pakar yang membuat pemeriksaan (Optometris).
Gangguan terhadap salah satu fungsi pebglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom gangguan fungsi penglihatan adalah:
- Pening kepala
- Pedih mata
- Cepat mengantuk
- Hilang kosentrasi
- Kabur penglihatan
- Mata berair
Kebanyakan kita yang membuat pemeriksaan mata terutamanya dikedai kedai optikal hanya memeriksa satu sahaja dari fungsi penglihatan tersebut iaitu ketajaman penglihatan. Jadi, maklumat kesihatan mata secara menyeluruh tidak didapati.
Terdapat banyak kes yang keadaan ketajaman penglihatan normal tetapi masih mengalami masalah dengan fungsi penglihatan seperti mata berair dan silau.