Perlu diingatkan, tidak semua orang berkelayakan untuk memakai contact lense. Ini akan ditentukan oleh pakar contact lense.
Contact lense terbahagi kepada tiga jenis iaitu keras (hard), separa keras (semi hard) dan lembut (soft). Pakar contact lense akan menentukan kesesuaian jenis kepada pemakai setelah menjalankan pemeriksaan yang rapi keatas mata pesakit. Dengan kata lain, contact lense bukanlah satu alat yang boleh dipakai sesuka hati.
Contact lense perlu disimpan didalam air disinfecting solution supaya sentiasa bersih dan sucihama. Kebersihan adalah penting kepada pemakai untuk mendapatkan kesan yang baik. Ini semua akan diberi tunjuk ajar oleh pakar. Hanya pakar contact lense sahaja yang boleh menentukan samada pemakai boleh memakai contact lense atau tidak.
Perkara perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan

- Perlu dipastikan kuku bersih dan pendek. Kuku boleh menyebabkan contact lense rosak atau terkoyak. Selain dari itu, kuku yang panjang mungkin terdapat kuman yang boleh berpindah ke atas contact lense dan seterusnya merosakan mata anda.
- pastikan contact lense dan bekasnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sucikuman. Bekasnya hendaklah dicuci dan direndam di dalam air panas sekurang kurangnya seminggu sekali.
- Tangan hendaklah sentiasa dibasuh dan dibilas dengan air dan sabun setiap kali sebelum memegang contact lense. Pegang contact lense dengan tangan yang basah. Sekiranya ini merumitkan, keringkan tangan pada kain yang bersih. Jika tisu digunakan, pastikan tiada lebihan tisu melekat pada tangan.
- Keluarkan contact lense sebelum tidur. Sekiranya pakar membenarkan anda memakainya untuk jangkamasa yang panjang, maka setelah tempoh tersebut tamat, contact lense tersebut perlu dikeluarkan dan dicuci dengan tangan bersih. (Jangkamasa adalah tertakluk kepada nasihat pakar).
- Keluarkan contact lense jika mata berasa tidak selesa dan basuh tangan dengan larutan atau gunakan comfort drop semasa contact dipakai. Jika masih tidak selesa, keluarkan contct lense dan berjumpa dengan pakar dengan segera.